Pesan seorang Guru :

"Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa "roh" silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima juga ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati barulah ia layak menjadi GURU. Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Sebaliknya guru yang sebenar guru (murshid) mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang diredhai Allah".

Saturday, February 14, 2015

Murtabak Maggi - Raja Chola

Pening! pening dibuatnya dengan puak-puak ni! Mengalahkan Belanda dapat tanah… Bak kata perpatah “Beri betis nak kan paha”.. Itu lah perangai Belanda.. tapi puak ini lebih dari Belanda… Puak ini dapat betis tapi bukan sekadar paha, malah satu badan dia kata dia yang punya….

Peningkan?

Belanda dapat tanah, dia jajah tapi taklah sampai budaya dicampur aduk ibarat jadi macam Murtabak Maggi….. Puak Inggeris pun tak juga campur aduk adat istiadat Melayu…. Mereka biarkan Bangsa Melayu yang laksanakan tanpa gangguan…. Maka kekallah budaya dan adat istiadat Melayu sehingga ke hari ini.

Tapi puak jenis ni… dengan adat-adat Melayu pun dicarca marbakan… Rosak! Rosak! Ini lah yang dikatakan lebih Melayu dari Melayu… sebab jika sebenar orang Melayu maka tidak dipunahkan rupa dan ragam budaya sendiri…

Puak bangsa ini mereka kira apa… asalkan dia nampak lebih dari yang lain…. Lebih Melayu dari Melayu-melayu yang lain!!!! Lebih guru dari guru-guru yang lain!!!!! Lebih Raja dari Raja-raja yang lain!!!

Almaklumlah… inilah puak Raja Chola….

Inilah yang dikatakan tak tahu adat… ‘main langgar tong tahi’…. Lepas itu mewar-warkan Memperjuangkan Seni Budaya Melayu yang benar-benar Asli…..

Pakaian Cara Melayu ada adabnya, ada susun aturnya, ada cara pakainya dan ada yang terlarangnya...
Kaji-kajilah secara telili agar tak jadi Melayu serta tak reti

Alahai… kesian anak cucu Melayu akan datang… jadi serabut budaya dek kerana terlalu taksub dan tak mahu mengenal adab dan adat budaya Melayu secara teliti…

Nampak gaya anak Melayu kena segera keluar dari bawah tempurung yang dah lama reput…. Kena banyak kaji asal usul dan sejarah sebenar bangsa agar tidak lagi diperbodohkan oleh puak yang tersangkut suku….

Kena sedar… rata-rata sekarang ini… puak ini cuba mengatakan bahawa orang Melayu sejak dari dahulu kala mengambil ilmu dari India… Mereka turut mengatakan bahawa Raja Kedah pun dulu sujut di kaki Raja Chola…. Perit! Perit!.... mereka yang cetek dalam pengkajian akan main terima bulat2 dan pada mereka yang tahu apa yang sebenarnya akan tetap mempertahankan dari semua sudut agar anak cucu kekal menjadi bangsa Melayu yang sebenar.

Moga-moga ramai lah anak Melayu terus berfikir dan terus mengkaji akan kebenaran dan usahlah terlalu buta mata, pekak telinga, beku otak dek kerana terlalu taksub…

Kesian…



No comments:

Post a Comment

Followers