Pesan seorang Guru :

"Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa "roh" silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima juga ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati barulah ia layak menjadi GURU. Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Sebaliknya guru yang sebenar guru (murshid) mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang diredhai Allah".

Monday, February 16, 2015

Otak serabut @ kaki putaq

Bila kita cuba tegur cara baik2…. Mereka halua kita
Bila kita cuba berhadapan… Mereka halang kita
Bila kita cuba cerita yang benar… Mereka kata kita dengki
Bila kita cuba jelaskan di FB dan Blog… Mereka kata kita kaki fitnah
Bila kita sebarkan maklumat tepat… Mereka kata kita pemecah belah

Tok janggut, Tok Gajah dan ramai lagi hulubalang Melayu kita di cemur dan dianggap pemberontak oleh puak penjajah padahal mereka ini memperjuangkan kebenaran… Para hulubalang Melayu ini terpaksa sembunyikan diri setelah usaha berhadapan dengan puak buta perut gagal… Tetapi mereka tetap memperjuangan kebenaran sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kerana sedar bahawa ini tanah milik bangsa yang harus dipertahankan dari dijajah dan kemusnahan adab, budaya dan Agama..



 Jika kisah hulubalang Melayu seperti di atas tak mahu di ambil peduli oleh ahli Silat Cekak semua…. Maka mari kita lihat pula apa kisah Panglima Ismail yang kononnya silat Cekak ini bersanad Panglima Ismail…

Persoalan : Jika benar Panglima Ismail itu panglima kanan sultan Kedah, kenapa sejarahnya tidak ada di mana-mana?

Haaa Ketua Penerangan tahu ke apa kisahnya…? Tok guru Silat Cekak tahu ke?

Pasti mereka bila diaju soalan macam ni, mereka atas tepis dan melenting… Sebab apa? Sebab mereka ini tidak tahu, tak pernah mahu mengkaji… mereka semua tahu sekadar yang disumbat ke telinga mereka sahaja dan bagi mereka cukup sekadar itu dan mereka akan sembang macam mereka tahu segalanya….

Akhirnya anak buah pun ikut perangai yang sama….

Yang mereka pentingkan…. Gah dengan pelbagai program besar2… pesta sana, pesta sini… junjung guru sana, junjung guru sini… pakai macam orang hebat2 mengalahkan Sultan dan Raja… tapi anak buah tidak dihidangkan dengan ilmu hak budaya Bangsa Melayu yang sebenar… ibarat “menang sorak… kampong tergadai”

Fikir2kan…

Soalan seterusnya : Kenapa walaupun Panglima Ismail itu hebat ilmu silatnya tetapi diakhir hayat beliau mengasingkan diri, bersembunyi dan berkubur entah di mana?

Pasti orang2 kuat silat cekak akan garu kepala bila ditanyakan sejarah usul dan sanad silat yang mereka perjuangkan tu…

Inilah hakikat yang ada dalam silat cekak… Buta ilmu dan buta perut agaknya…

Mereka tidak mahu ambil tahu selain apa yang diberitahu oleh ketua penerangan dan guru mereka… Apa yang orang lain cuba bagi tahu semuanya bohong, apa yang orang lain beri tahu semuanya dianggap penipu…. Mereka sebenarnya sudah celaru dalam erti perjuangan yang sebenar… padahal mereka selalu ungkapkan kata2 :

“dengar dengan telinga jangan percaya, lihat dengan mata jangan percaya, kaji lah terlebih dahulu….”

Sayangnya hari ini anak buah ketua penerangan dan guru ini sudah butakan mata mereka dan pekakan telinga mereka serta bekukan akal mereka untuk mengkaji…. Maka mereka-mereka ini nanti akan terus mengajar anak-anak cucu kita semua di atas bumi Semenanjung Tanah Melayu ini untuk jadi macam mereka juga…. Anak Melayu yang Buta Sejarah, Buta Peradaban dan Buta Ilmu…

Yang tinggal cuma ilmu dalam persatuan itu sahaja…. Ilmu yang tidak pernah berkembang… ilmu tutup pintu… ilmu serkup diri bawah tempurung.

Jadi bila kita tanya apa yang mereka perjuangkan?

Mereka akan macam burung kakak tua menjawab : “memperjuangkan silat Melayu Asli”

Mereka hebuh mengulangi seperti pantun Ustaz Hanafi :

“Silat Cekak Benar2 asli, tidak bercampur hak luar negeri”

Bila ditanya Melayu asli macam mana bila tok guru sendiri pun tak asli melayunya?

Ada sesetengah dari mereka melompat dan berkata :

Kikikikiki blkang keyboard bkn main kta org cap ayam la apa la~ pi la beradu tgk dgn guru cekak malaysia tu lps tu mai sembang lain yer pfftt ni la melayu bodo pengecut. Kaki fitnah ja lebih. Spa kta silat tu mai dri melayu? Silat tu mai dri islam. Kaedah2 silat cekak smua mai dri ilham solat. Sblum agama islam dtg ke nusantara ni org melayu bragama hindu bkn agama islam. Jd silat dtg dri mna? Islam ka melayu? Jd tak kira bangsa apa pun bole bljar silat cekak asalkn islam sbb konsep silat cekak brteraskn islam.” [dipetik dari komen di blog]

Betul2 Serabut anak buah ketua penerangan dan guru silat cekak ni bagi penerangan…

Kenapalah tak nak kaji sejarah peradaban Melayu…. Oppp lupa! Tok guru pun tak pernah sarankan kaji mengkaji bab Melayu ni… sebab dia perduli apa… bukan kena mengena dengan dia pun, bukan nenek moyang dia juga…. Yang kena mengena dengan dia cuma Persatuan sahaja… dia kena jadi guru sebab peluang pangkat dan perniagaan…. Jangan marah….. kaji.. kaji… kaji..

Adik2 yang buta sejarah semua… Silat Melayu dah ada di bumi Melayu sebelum datangnya Islam secara menyeluruh….Sejak kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua dsbnya….. kaji la sikit.. Silat cekak ini cuma kaedahnya sahaja diambil dari gerak solah… Tahu ke kenapa 4 kaedah tu saja? Kenapa bukan 5,6,7,8,9,10,11,12,13…. Tahu? Buah2 silat dalam silat cekak tu ada yang dah ada sejak berzaman lagi…. Jadi dalam silat cekak tu…. Mana yang dinamakan silat Melayu yang benar2 asli?

Waduh….. kalau nak bincang bab ni cukup panjang lebar…. Risau ahli silat cekak lopong pulak nanti… risau termasuk lalat dalam mulut sebab asyik ternganga memanjang dengar bab apa itu silat cekak dan apa maksud silat Melayu yang benar2 asli…. Belum lagi bab Panglima Ismail, Tok Rashid dan usul silat cekak….

tengoklah jika ada masa dan kalau ahli silat cekak nak kaji bolehlah diceritakan hasil kajian di posting akan datang…. Tapi kalau jenis kekal tak nak kaji dan terima kenyataan…

maka

Akhirnya ramailah ahli silat ini kekal taksub dengan tok guru mereka….

Kekal bercelaru
Kekal Otak Serabut
dan
Kekal jadi kaki putaq….





No comments:

Post a Comment

Followers