Bila kita cuba tegur cara baik2…. Mereka
halua kita
Bila kita cuba berhadapan… Mereka halang kita
Bila kita cuba cerita yang benar… Mereka kata
kita dengki
Bila kita cuba jelaskan di FB dan Blog…
Mereka kata kita kaki fitnah
Bila kita sebarkan maklumat tepat… Mereka
kata kita pemecah belah
Tok janggut, Tok Gajah dan ramai lagi
hulubalang Melayu kita di cemur dan dianggap pemberontak oleh puak penjajah
padahal mereka ini memperjuangkan kebenaran… Para hulubalang Melayu ini terpaksa
sembunyikan diri setelah usaha berhadapan dengan puak buta perut gagal… Tetapi
mereka tetap memperjuangan kebenaran sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Kerana sedar bahawa ini tanah milik bangsa yang harus dipertahankan dari dijajah
dan kemusnahan adab, budaya dan Agama..
Jika kisah hulubalang Melayu seperti di atas
tak mahu di ambil peduli oleh ahli Silat Cekak semua…. Maka mari kita lihat
pula apa kisah Panglima Ismail yang kononnya silat Cekak ini bersanad Panglima
Ismail…
Persoalan : Jika benar Panglima Ismail itu
panglima kanan sultan Kedah, kenapa sejarahnya tidak ada di mana-mana?
Haaa Ketua Penerangan tahu ke apa kisahnya…?
Tok guru Silat Cekak tahu ke?
Pasti mereka bila diaju soalan macam ni,
mereka atas tepis dan melenting… Sebab apa? Sebab mereka ini tidak tahu, tak
pernah mahu mengkaji… mereka semua tahu sekadar yang disumbat ke telinga mereka
sahaja dan bagi mereka cukup sekadar itu dan mereka akan sembang macam mereka
tahu segalanya….
Akhirnya anak buah pun ikut perangai yang
sama….
Yang mereka pentingkan…. Gah dengan pelbagai
program besar2… pesta sana, pesta sini… junjung guru sana, junjung guru sini…
pakai macam orang hebat2 mengalahkan Sultan dan Raja… tapi anak buah tidak
dihidangkan dengan ilmu hak budaya Bangsa Melayu yang sebenar… ibarat “menang
sorak… kampong tergadai”
Fikir2kan…
Soalan seterusnya : Kenapa walaupun Panglima
Ismail itu hebat ilmu silatnya tetapi diakhir hayat beliau mengasingkan diri,
bersembunyi dan berkubur entah di mana?
Pasti orang2 kuat silat cekak akan garu
kepala bila ditanyakan sejarah usul dan sanad silat yang mereka perjuangkan tu…
Inilah hakikat yang ada dalam silat cekak…
Buta ilmu dan buta perut agaknya…
Mereka tidak mahu ambil tahu selain apa yang
diberitahu oleh ketua penerangan dan guru mereka… Apa yang orang lain cuba bagi
tahu semuanya bohong, apa yang orang lain beri tahu semuanya dianggap penipu….
Mereka sebenarnya sudah celaru dalam erti perjuangan yang sebenar… padahal
mereka selalu ungkapkan kata2 :
“dengar dengan telinga jangan percaya, lihat
dengan mata jangan percaya, kaji lah terlebih dahulu….”
Sayangnya hari ini anak buah ketua penerangan
dan guru ini sudah butakan mata mereka dan pekakan telinga mereka serta bekukan
akal mereka untuk mengkaji…. Maka mereka-mereka ini nanti akan terus mengajar
anak-anak cucu kita semua di atas bumi Semenanjung Tanah Melayu ini untuk jadi
macam mereka juga…. Anak Melayu yang Buta Sejarah, Buta Peradaban dan Buta
Ilmu…
Yang tinggal cuma ilmu dalam persatuan itu
sahaja…. Ilmu yang tidak pernah berkembang… ilmu tutup pintu… ilmu serkup diri
bawah tempurung.
Jadi bila kita tanya apa yang mereka
perjuangkan?
Mereka akan macam burung kakak tua menjawab :
“memperjuangkan silat Melayu Asli”
Mereka hebuh mengulangi seperti pantun Ustaz
Hanafi :
“Silat Cekak Benar2 asli, tidak bercampur hak luar negeri”
Bila
ditanya Melayu asli macam mana bila tok guru sendiri pun tak asli melayunya?
Ada
sesetengah dari mereka melompat dan berkata :
“Kikikikiki blkang keyboard bkn main kta org cap
ayam la apa la~ pi la beradu tgk dgn guru cekak malaysia tu lps tu mai sembang
lain yer pfftt ni la melayu bodo pengecut. Kaki fitnah ja lebih. Spa kta silat
tu mai dri melayu? Silat tu mai dri islam. Kaedah2 silat cekak smua mai dri
ilham solat. Sblum agama islam dtg ke nusantara ni org melayu bragama hindu bkn
agama islam. Jd silat dtg dri mna? Islam ka melayu? Jd tak kira bangsa apa pun
bole bljar silat cekak asalkn islam sbb konsep silat cekak brteraskn islam.”
[dipetik dari komen di blog]
Betul2
Serabut anak buah ketua penerangan dan guru silat cekak ni bagi penerangan…
Kenapalah
tak nak kaji sejarah peradaban Melayu…. Oppp lupa! Tok guru pun tak pernah
sarankan kaji mengkaji bab Melayu ni… sebab dia perduli apa… bukan kena mengena
dengan dia pun, bukan nenek moyang dia juga…. Yang kena mengena dengan dia cuma
Persatuan sahaja… dia kena jadi guru sebab peluang pangkat dan perniagaan….
Jangan marah….. kaji.. kaji… kaji..
Adik2 yang
buta sejarah semua… Silat Melayu dah ada di bumi Melayu sebelum datangnya Islam
secara menyeluruh….Sejak kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua dsbnya….. kaji la
sikit.. Silat cekak ini cuma kaedahnya sahaja diambil dari gerak solah… Tahu ke
kenapa 4 kaedah tu saja? Kenapa bukan 5,6,7,8,9,10,11,12,13…. Tahu? Buah2 silat
dalam silat cekak tu ada yang dah ada sejak berzaman lagi…. Jadi dalam silat
cekak tu…. Mana yang dinamakan silat Melayu yang benar2 asli?
Waduh…..
kalau nak bincang bab ni cukup panjang lebar…. Risau ahli silat cekak lopong
pulak nanti… risau termasuk lalat dalam mulut sebab asyik ternganga memanjang
dengar bab apa itu silat cekak dan apa maksud silat Melayu yang benar2 asli….
Belum lagi bab Panglima Ismail, Tok Rashid dan usul silat cekak….
tengoklah
jika ada masa dan kalau ahli silat cekak nak kaji bolehlah diceritakan hasil kajian
di posting akan datang…. Tapi kalau jenis kekal tak nak kaji dan terima
kenyataan…
maka
Akhirnya
ramailah ahli silat ini kekal taksub dengan tok guru mereka….
Kekal
bercelaru
Kekal Otak
Serabut
dan
Kekal jadi
kaki putaq….