Sejak berzaman, Seni Silat Cekak Malaysia (atau nama lainnya : silat papan sekeping) iaitu seni silat Melayu asli amat dihormati oleh masyarakat Melayu umumnya. Seni silat yang bersalalisah dari seorang hulubalang Melayu, panglima kanan negeri Kedah pada hampir 200 tahun yang lalu.
Pada tahun 1965 silat cekak ini telah diusahakan oleh Almarhum Ustaz Hanafi, anak jati Melayu Kedah melahirkan kembali silat cekak setelah berguru dengan Yahya Said agar silat ini dapat dipelajari oleh anak bangsa sehinggalah berkembang ke seluruh Tanah Air dan dewasa ini telah pun dipelajari oleh ribuan anak Melayu, khususnya di Pusat Pegajian Tinggi.
Seni silat cekak yang mempunyai gerak bentuk perbuatan sembahyang seperti doa, kiam, rukuk dan takbir dalam kaedah asas pertahanan diri dan disertakan buah-buah pakaian guru silat Melayu asli seperti keputusan sendeng, gayung fatani, terlak, lintau dsb.... Memanglah dipandang serasi apabila silat cekak ini diterajui oleh seorang guru utama yang bertaraf ustaz dan anak Melayu jati seperti Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad dan seterusnya penganti beliau Tn Hj Ishak Itam yang mempunyai banyak pengelaman dalam seni silat Melayu serta berpendidikan agama dari guru-guru pondok.
Menyelusuri sejarah, silat ini yang asalnya diketahui setakat dibawa oleh Panglima Ismail di waktu kerajaan Kedah diperintah oleh Sultan Ahmad Tajuddin II (1803~1843) dan kemudiannya dibawa oleh Panglima Tok Rashid, seterusnya diperturunkan kepada Yahya Said.
Hakikatnya, dari Yahya Said silat ini telah bercabang kepada beberapa kumpulan yang membawa pergerakan silat yang hampir sama atas nama yang berbeza seperti silat cekak dan silat kalimah.
Apa pun, persimpangan jalan silat yang asal dari Panglima Ismail ini tidak begitu sangat dihebohkan sebagai masalah bangsa Melayu kerana kesemua kumpulan silat-silat ini masih mengekalkan kelestarian adab budaya Melayu kerana penerajunya masih seorang Melayu jati sebagai guru, sebagai pembawa amanah keilmuan dan peradaban seni silat Melayu yang benar-benar asli.
Malangnya hari ini, silat cekak yang bergerak melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah menodai sejarah perguruannya, tercemar maruah seni bangsanya dan telah rosak keaslian seni silat Melayu yang benar-benar asli. Ini adalah kerana kegelojohan yang bersungguh-sungguh oleh Jawatankuasa Pusat PSSCM serta sejumlah besar ahlinya mengangkat seorang guru utama yang baru, seorang yang berbangsa Hindu tulin.
Hari ini, sebahagian besar ahli-ahli PSSCM merasa gah mempunyai seorang guru utama yang bukan asal Melayu jati menerajui seni silat Melayu asli atas dasar perjuangan Islam kononnya dengan falasafah agar melegakan hati-hati mereka sendiri bahawa;
'Perjuangan Islam tidak memilih bulu untuk menjadi pemimpinnya, tidak memilih bangsa sebagai ukurannya'.
Tanpa sedar bahawa mereka telah mencanangkan bahawa silat Melayu asli ini bukan lagi hak bangsa Melayu tetapi hak semua bangsa asalkan Islam.
Mereka terus-terus bangga atas pilihan mereka itu kerana guru mereka seorang yang terbukti berjaya dalam hidup, memiliki rumah besar, kereta besar, mendampingi dengan pak menteri, berpangkat datuk bergelar Datuk Hj Maiden Kadir Shah, biarpun nama yang tertera di dalam kad pengenalan diri sebenarnya Saithu Maideen bin Katharisa (rujuk di web JPN http://www.jpn.gov.my/semakic/ no i.c. 570718106539) dan dalam surat beranak asal tercatat sebagai Saithu Maideen a/l Katharisa.
Pada peringkat awal pabila guru baru ini dilantik melalui Mesyuarat Agung Luarbiasa pada 31 Oktober 2009, segelintir ahli-ahli yang dianggap pengkhianat oleh PSSCM, merasakan pelantikan ini merupakan satu peristiwa yang amat pelik telah berlaku dalam sejarah seni silat Melayu yang bersalisilah kepada Panglima Melayu yang berhubungkait pula dengan Kerajaan Melayu Kedah yang berusia hampir ribuan tahun tamadun dan peradabannya.
Apatah lagi apabila melihat zaman Panglima Ismail adalah zaman berlakunya peperangan ‘musuh bisik’, satu peperangan jihad anak-anak Melayu Kedah dengan bantuan angkatan dari seluruh nusantara dipimpin oleh hulubalang dan ulamak seperti Sheikh Samad Palembang, Sheikh Daud Fatani, Sheikh Masudi Banjar, Pahlawan Tok Moris, Panglima Taib Itam, dsb… Bersatu mempertahankan bumi Melayu agar tidak dijajah oleh angkatan Thai yang rakus, agar kekal bumi Melayu ini sebagai Tanah Air yang mendaulatkan Islam sehinggalah ke akhir zaman hendaknya.
PSSCM terus-terusan menjaja bahawa guru baru ini adalah layak dan benar atas dalil yang sama iaitu bahawa;
‘PSSCM membawa perjuangan Islam, perjuangan yang sama dengan Rasullullah, maka tak kiralah bangsa apa yang jadi gurunya asalkan dia itu Islam’.
Lagi sekali mereka terlalu angkuh seolah menyatakan bahawa guru mereka adalah di antara ribuan ahli PSSCM yang sebenar-benar Islam melebihi keilmuan agama yang ada pada semua ahli PSSCM yang lainnya.
Maka berlakulah satu pendedahan melalui audio rakaman yang dibongkarkan setelah beberapa bulan guru baru ini melaksanakan ijazah silat pertamanya pada 22hb Julai 2009 di Pusat Latihan Kuang, Selangor. Audio ini membongkar 3 perkara penting ;
1. Guru ini berbohong bahawa dia tidak pernak belajar cara-cara melakukan pengijazahan dan apa yang akan dia cakap pada malam itu 'datangnya dari Allah semata-mata'.
2. Syahadah guru ini amat lain sekali dari syahadah yg dilafaskan oleh umat Islam seluruh dunia sejak dari zaman dahulu sehinggalah sekarang.
3. Memperlecehkan silat Melayu lain : silat kalimah
[sila dengar audio di bawah]
Syahadah kelainan yang dibawa oleh guru ini adalah kemungkinan awal petunjuk dari Allah swt bahawa guru PSSCM sekarang ini bukan saja tidak layak membawa amanah bangsa Melayu malah tidak layak menjadi pemimpin Islam seperti PSSCM war-warkan.
[sila lihat rakaman video di bawah]
Maka atas isu syahadah ini lah, beberapa tenaga pengajar silat cekak yang bertanggungjawab terhadap ahli-ahli telah menulis surat secara rasmi ke AJK Pusat bertanyakan hal syahadah guru itu. Mereka ini dibalas dengan penggantungan jawatan dan malah PSSCM turut membubarkan cawangan yang mempertikaikan syahadah guru ini.
Pada ketika yang lain pula, apabila soalan terbuka ditanyakan kenapa guru mereka ini bersyahadah demikian, maka jawapan selamat PSSCM adalah alasan ‘telo’ kerana lidah guru mereka itu adalah lidah seorang hindu. Lalu untuk menguatkan kenyataan bahawa guru mereka ini benar mempunyai pengetahuan agama, PSSCM mengeluarkan latarbelakang pengajian guru ini seperti ;
‘selain berguru dengan Almarhum Ustaz hanafi dan Hj Ishak Itam, Datuk juga telah berguru dengan ramai guru-guru lain dalam bidang agama dan al-Quran seperti Tuan Syed Harun secara formal dalam bidang al-Quran. Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalami ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid Damai Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam’.
Namun latarbelakang pengajian guru ini turut tidak menyakinkan alasan syahadah ‘telo’ kerana mana mungkin seseorang yang yang telah mendalami ilmu al-Quran sehingga khatam masih tidak dapat menyebut syahadah dengan betul mengikut ilmu al-Quran.
[sila lihat rakaman video]
Guru ini sendiri akhirnya cuba membuktikan bahawa dia lah guru yang benar kerana mejoriti ahli-ahli PSSCM telah menerimanya dan pegangan ini dikuatkan pula dengan kenyataan dari guru ini bahawa;
‘Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai’.
Tidak cukup dengan kenyataan itu mempertahankan kebenaran sebagai guru silat cekak yang baru, maka terbitlah pula kenyataan dari penyokongnya bahawa;
‘Sapa-sapa di kalangan ahli silat Cekak Malaysia yang tak terima Datuk Hj Maideen sebagai guru utama PSSCM maka neraka lah balasan mereka’
Sungguh menyedihkan, kemurnian peradaban Melayu yang di bawa bersama silat ini telah punah ranah akibat segelitir ahli-ahli silat cuba mempertahankan guru mereka yang bukan Melayu menerajui silat Melayu asli dengan alasan hakikatnya perjuangan Islam yg membenarkan apa bangsa pun sebagai pemimpin utama telah ditempelak dengan syahadah yang pelik. Namun tetap mereka mahu mempertahankannya dan berasa mereka lah di landasan yang betul dan merasakan juga telah berada di pihak yang menang hanya kerana sejumlah besar ahli-ahli PSSCM menyokong mereka.
Tanpa turut mahu meghiraukan akan tercalar aqidah dan rosak adab Melayu ini PSSCM berkeras hati mempertahankan guru mereka biarpun seluruh umat Melayu kuatir. PSSCM merasakan silat adalah hak mereka sendiri tanpa mengambil kira temadun dan ketuanan Melayu. Bagi mereka apa pun tindakan dan sifat guru mereka ini mengatasi peradaban Bangsa Melayu biar pun kutukan dihalakan kepada silat Melayu yang lain.
[perhatikan video ini dari mula sehingga sepenuhnya]
Satu penghinaan oleh guru mereka ini terhadap silat Melayu yang lainnya.
Mungkin sudah sampai masanya seluruh umat Melayu sedar terutamanya yang mewarisi seni hulubalang Melayu, bangkit dari lena yang panjang bahawa kita terlalu membiarkan kepentingan orang-orang tertentu bermaharaja lela dan sentiasa menang melalui system mejoriti sehinggakan adab, budaya dan minda kita kekal terjajah. Hanya atas kerana ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’.
Kemeluk dalam PSSCM, guru silat Melayu asli yang bukannya seorang Melayu, lafas syahadah yang pelik dalam majlis pengijazahan dari pemimpin yang kononnya tokoh agama berilmu tinggi, dan cacian terhadap silat Melayu dari guru PSSCM ini bukan lah sebenarnya masalah dalaman PSSCM lagi.
Ini sudah harus diselesaikan bersama oleh seluruh umat Melayu dan Islam terutamanya masyarakat silat Melayu yang asli di seluruh peringkat dan wilayah dari benua Melayu.
Moga-moga seni silat yang dilahirkan di bumi Melayu ini kekal sebagai hak mutlak bangsa Melayu, sebagai pewarisnya dan mempertahankan Islam sebagai salah satu hakikatnya, dianugerahkan kepada bangsa kita oleh Allah swt.
Amin.
NOTA:
1. sila lihat juga perbincangan isu syahadah di blog suarajagat
2. kisah guru ini kencing berdiri boleh diikuti di blog sapahabaq
hmm.. tang mana salah n silap Syahadah guru silat nie?
ReplyDeletedi mana melayu? siapa melayu?
MELAYU atau MIM LAMALIF YAA WAU?
emmm... nak di ukur dari ilmu yang mana?
ReplyDeletedan takrifan Melayu mengikut apanya? teras, adab, seni, budaya, keturunan, benih, wilayah atau maksud abjad jawinya?
FakePlasticLife®
ReplyDeletekalau saudara gagal mengesan kesalahan bacaannya dan mahu mengetahui cara sebutan yang betul, cari semula dan tanyalah ustaz yang ajar saudara mengaji masa kecil-kecil dulu.
Asyhaduanla... atau Asyhadu Allah..? Bunyi mcm yg ke 2
ReplyDeleteBila orang yg tak reti tapi buat2 macam reti lepas tu perasan bahawa dia lah yg paling reti.... maka jadilah macam tu syahadahnya kot..... org yg tak reti pun reti bahawa syahadah tu salah...... habis tu kenapa buat tak reti pulak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletersanya x btul jgak kalau nk salahkan saudara hj. maideen ni..patut atau xptut jd seorg guru sebuah persatuan silat, dr sejarah silat cekak ke ape ke tu aku tak pasti la.. tp dr segi hukum la, salah ke kalau die seorg India Muslim, yg bcaannya sdikit telo? adakah Islam memberatkan seseorg, kalau nk syahadah ke mngaji ke msti slang mcm org Arab? org Arab sndri pn brbeza2 cara mnuturkannya. . kalau kita blajar ilmu Lughah , kita akan sedar cthnya masyarakat Arab Teluk ( termasuklah Arab Saudi ) mereka bercakap dengan nada yang agak sengau dan seperti berdengung. seolah-olah mereka bercakap dengan kalimah-kalimah yang keluar daripada dada. begitulah juga , penduduk Syam ( Palestin , Syiria , Lubnan & Jordan ) apabila mereka bertutur di dalam bahasa mereka, pasti kita akan dapati kebanyakan ayat-ayat itu sengau. ertinya ini adalah cara bacaan mereka dan cara mereka bertutur yang tidak mungkin kita berupaya mengubahnya. tu dh kire org Arab sndiri, apatah lg masyarakat yg lain, Cina ke India ke kadang-kadang syahadah or bacaan Al-Quran mereka juga terkesan dengan telo dan pelat mereka. di zaman Rasulullah s.a.w sendiri dan Para Sahabatnya r.a, ada kelompok muslimin yang membaca Al-Quran Al-Karim menurut loghat / pelat / telo daerah masing-masing , tetapi tidak pula ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w selagi ianya tidak terkeluar daripada pengertian yang dituntut... aku bmbang kalaulah mcm ni sikap kite, bile smpai ke pengetahuan non-Muslim yg brminat ttg Islam, mereka akan fkir byk kali nk pluk Islam...renung2kan...
ReplyDeleteAdakah sama pengertian syahadah datuk maideen di atas dgn pengertian syahadah yang sebenarnya?
ReplyDeletePada pandangan saya pula, kesalahan syahadah itu tidak terletak pada telo, kerana datuk maideen tidak telor sebaliknya dia telah menggantikan 'La' dengan perkataan 'Allah'.
http://www.komputersaya.com/index.php?ref=ismet
ReplyDeleteE-BOOK RAHSIA HACKING
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebalasan utk saudaraku yang bercakap tentang lugah diatas,,, kena amik paham bahawa lughah atau telo dalam bahsa arab hanyalah ada dalam bentuk qiraat sahaja... bukan telo ikut urf' setempat ,,, bacaan alquran mesti billahjah arabi dan hendaklah berusaha kearah tersebut membetuli bacaan mengikut lahjah orang arab... tidak boleh baca alquran dalam telo bangsa sesuatu tempat,,, tetapi ada rukhsah yang diberi oleh fiqh' bagi orang yang lidahnya memang sudah tidak lagi boleh dibetulkan. tidak dapat tidak pengajian atau pembacaan kalimah arab mestilah dalam lahjah arab... dalam solat sekalipun,,, dalam mengambil seseorang untuk menjadi 'imam', syarat yang pertama setelah cukup rukun dan syarat sah solat mestilah baik bacaannya... maksud disini kena paling utama setelah cukup perkara yang sah dan wajib ketika solat ialah bacaan imam yang jelas hukum tajwid dan baik bacaannya... hukum tajwid termasuk semuanya yang berkaitan dengan pembacaan alquran dan bait2 arab... yang utama adalah makhraj huruf yakni tempat keluar huruf... satu lagi kita kena elakkan daripada melkukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat contohnya imam yang mengimami solat pada hari tersebut adalah orang yang jemaah tidak kenal... tambahan pula ada lagi orang yang lebih baik bacaan dan dikenali penduduk atau anak kariah... jadi perkara ini akan menimbulkan cakap2 belakang yang ditegah oleh islam iaitu mengumpat... molek sekiranya dijelaskan dahulu siapa orang, dari mana, dsb... bagi saya, saya bersikap terbuka, sedikit nasihat disini, biarlah orang yang kita nak jadikan kepala tahu perkara asas dalam sesuatu kumpulan dan perlu menjaga perlakuan dari melakukan perkara fitnah dalam msyarkat setmpat,kerana perlu ruujuk kembali sejarah kerajaan yang pertama di tanah melayu@xdk nama, ialah kerjaan Kedah Tua, merupakan sebuah tamadun paling awal dalm sejarah ketamadunan tanah melayu hatta Kedah Tua sudah wujud sebelum kedatangn Parameswara, siapa rakyat baginda Merong Mahawangsa@Muzaffar Shah 1 ketika itu? Bahawa asal usul bagi keturunan orang Melayu itu bermula daripada campuran bangsa dari pelbagai kelompok manusia lelaki dan perempuan yang berbagai-bagai bangsa yang bersuku-puak supaya mudah berkenalan di antara satu dengan yang lain yang dijadikan oleh Allah.
ReplyDeleteFirman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 13:
Mafhumnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra, berhubung silaturahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Bangsa terdahulu, orang-orang Hijaz dan bangsa itu menerima Agama Islam dan kekalkan bangsa itu bangsa beragama, maka Agama Islam diletakkan pada diri bangsa-bangsa seumpama itu.
Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 14:
ReplyDeleteMafhumnya: “Bangsa terdahulu, orang-orang Hijaz, berkata: Kami telah beriman; Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (jangan berkata demikian) tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu, berkatalah sahaja: Kami telah Islam (kami telah tunduk menyerah diri, tidak melawan dan tidak menentang) dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal kamu, kerana sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.”
Maka mana-mana bangsa yang menjadikan huruf Jawi Qadim (Al-Quran) bahasa utama bagi loghat mereka itu iaitu Bahasa Arab, maka orang-orang itu sahaja yang disifatkan “Ahli Jawi Qadim”. Ahli Jawi Qadim menamakan bangsa-bangsa Hijaz yang lain atau bangsa baru (A’jam) dan bangsa itu menerima Agama Islam, maka jadilah bangsa itu bangsa beragama. Agama Islam yang diletakkan pada diri bangsa-bangsa seumpama itu yang dimaksudkan “Ahli Jawi Jadid” yang disifatkan: Ahli Jawi Bangsa Kebangsaan Berpegang Teguh Agama Islam. Bangsa Melayu adalah berasal dari campuran pelbagai bangsa atau kelompok keturunan manusia terdahulu seumpama: Monggol, Arab, Parsi, China, India dan lain-lain yang mendiami di Wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di Negeri Kedah Tua. Peristiwa ini berlaku pada tahun 531Hijrah (1136Masihi) di Istana Bukit Meriam, Kota Kuala Muda kepada Raja Pertama di Alam Melayu meletakkan kepercayaan dan jaminan asas pendirian ilmu dan amalan hidup dan kehidupan berpegang teguh kepada Agama Islam melalui Talqin kepada seorang guru Mursyid wasilah teguh kepada tali Murabbi di Kurun akhir zaman. Nama Baginda ditukar kepada Sultan Muzaffar Shah, kemudian Baginda bersama Gurunya menyampaikan seruan kepada Pembesar Istana dan rakyat jelata meninggalkan dengan jazam yang putus segala kepercayaan asal keturunan nenek moyang mereka itu dan mengikut jejak langkah seumpama Baginda, kemudian mengislamkan secara massal bagi mereka itu menanggung beban Agama Islam yang terkandung dalam Kalimah Taqwa menjadi Asas Pendirian hidup dan kehidupan. Dengan yang demikian itu, maka terkumpullah satu kelompok manusia Agong pada awalnya disebut sebagai: Ahli Jawi Jadid. Di atas kehendak Allah yang mengurniakan petunjuk kepada hambanya Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi Guru Mursyid Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah lalu diambil oleh Gurunya kalimah Arab مِـلاَيــُـو diberi nama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud: “Kelompok keturunan Manusia Agong”, dan perkataan مِـلاَيــُو yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di Bawah (kasrah) huruf Mim atau baris di Atas (fathah) dan baris Depan (dhammah) huruf Ya’. Kalimah “Melayu” di mana mereka menyebut mengikut bacaan huruf Rumi “Melayu” maka nama Melayu itu hanya diguna pakai kepada bangsa keturunan ini sahaja setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan sehingga qiamat. Maka kalimah “Melayu” ini jika ditujukan kepada individu dipanggil “Orang Melayu”, jika kepada kumpulan dipanggil “Bangsa Melayu”, jika kepada negeri dipanggil “Negeri Melayu”, jika kepada Raja dipanggil “Raja Melayu”, jika kepada negara dipanggil “Persekutuan Tanah Melayu”, jika kepada semenanjung dipanggil “Semenanjung Tanah Melayu”, jika kepada gugusan dipanggil “Gugusan Selat Kepulauan Melayu” dan jika kepada dunia dipanggil “Alam Melayu” sehingga terbentuk di dunia sebuah empayar Alam Melayu yang kuat dan kukuh berkuasa lebih daripada 500 tahun. Bangsa Melayu menjadikan huruf Jawi Arab yang ditambah titik pada huruf-huruf tertentu dan kekalkan bahasanya sebagai bahasa utama bagi mereka itu ialah Bahasa Melayu, adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa-bahasa penduduk-penduduk Wilayah Jawi Qadim, maka dengan sebab itu kebanyakan orang-orang Hijaz dan Arab dahulu menggunakan bahasa Melayu Bahasa Kedua dalam pergaulan antarabangsa.
cukuplah setakat ini, salah dan silap harap dibetulkan sebab masih dalam belajar
-salah sorang anak cucu keturunan ust haji hanapi & Panglima Kassim di Negeri Kedah-
Allah berfirman:
ReplyDelete“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-car kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]
Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau kejelekan-kejelekan orang lain, yang biasanya merupakan efek dari prasangka yang buruk.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah seduta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]
Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131), ”Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri dan melupakan kejelekan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa capai. Setiap kali dia melihat kejelekan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat kejelekan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan kejelekan orang lain dan melupakan kejelekannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya”.
Beliau juga berkata pad hal.133, “Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.
- aku berhujah gunakan Al-quran dan Al-hadis kerana itu peganganku.
- aku bukan berhujah gunakan nafsu dan hasutan syaitan seperti kalian
- x perlulah mencari kesilapan orang dan memperburukkan orang melalui video
mcm ni ke guru? keling jd guru silat? hehehe lawaknye...muka mcm pelawak adela. Setahu aku "PEMAKAIAN" seorg guru ni mulut dia jaga. ni mencarut pasal gelanggang ntah ape lg.. muay thai siam la.. apa la.. bagi sepak tengkuk tu baru tau!
ReplyDeletemengapa sampai macam 2 sekali dia menghina silat lain?dia tak tau apa2 jgn main hentam saja...silat ni kita belajar utk mempertahankan agama, bangsa n tanah air..bkn nk tunjuk siapa hebat...melampau...setiap silat ada keistimewaan masing2..jgn berfikiran mundur sgt sampai mengelar org yg belajar silat lain sbg lembu
ReplyDeleteXpasai pi jentik nama guru utama pulak...sebelum nak tgk org,cermin diri dulu,bagi cukup 5 waktu,baru boleh sembang
ReplyDeleteaku anak murid YM Syeikh Dr.Hj Md Radzi Hj Hanafi pewaris mutlak sebenar silat cekak pusaka hanafi...
ReplyDeletesemalam baru lepas kami menempa rekod dunia GUINNES WORLDS RECORD LARGEST SILAT LESSON
kalau betol silat cekak malaysia adalah yg benar
kenapa bukan korang yg sepatutnya berada di title itu?
bukan mencaci atau menghina
kita mencari kepastian
Kita belajar silat bukan nak gah.. nak bangga diri... nak cipta rekod... nak pingat atau nak glamour. Kita belajar ilmu mempertahankan diri yakni silat... kerana ianya wajib ke atas diri masing2 utk menjaga diri. Sebab klu belajar silat nak glamour... nak cipta nama... nak trofi kemenangan.. masuklah pencak silat... bertanding dlm silat olahraga. Itu ke yg dibanggakan oleh saudara? Setakat panggil ahli persatuan seluruh malaysia utk cipta rekod guinness..... semua persatuan boleh buat. Tapi bukan psscm... sbb matlamat persatuan ialah utk mengembangkan seni silat budaya bangsa.
Deletejangan nak mengaku kalau bukan pewaris sebenar..ingat akhirat adalah makhamah yg benar2 adil...kita lihat siapa benar..jgn hanya nak copy paste idea org..jika nak jadi guru,bina sendiri empire...aku cukup pantang jika semata-mata nak glamour sanggup kata beliau pewaris silat hj hanafi..sedangkan dah terang2 anaknya ym sheikh dr hj md radzi adalah pewaris sebenar...
ReplyDeletehttp://z13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t54.htm
ilmu kat alam nusantara ni banyak yg ok... bukannya penamat ilmu hanya pada silat cekak hanafi je...
Deletemasa demi masa kamu akan tahu jugak akhirnya.
pada masa itu kamu akan ketawa pada diri kamu sendiri kerana taksub pada satu keilmuan sahaja
This comment has been removed by the author.
DeleteAllahuakhbar..cukup2 laaa fitnah guru utama kami..aku, ahli silat cekak malaysia n aq sendiri da berkali2 jalani pengijazahan dengan Tuan Haji Maideen..aq da berjumpa beliau bnyk kali n x penah dlm ucapan beliau, beliau menghina silat2 laen..n ahli silat cekak malaysia dilarang sama sekali menghina mana2 silat warisan melayu yg laen, tu salah satu pantang larang dlm silat kami! N tuan guru pon x penah keluarkn kenyataan yg beliau pewaris mutlat, xde!! Hentikan fitnah ni!
ReplyDeleteJangan lantang bersuara seperti menghina seni mereka...
ReplyDeleteJangan sibuk pertikaikan diri orang...
Periksa jasad sendiri,apa yang perlu diperbaiki...
Sebenar guru ada hakikat
ReplyDeletedikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Fahami.betul2x
tapak tangan ada lima jari,
Deletekalau dikembang jadi penampau,
tak perlu hang nak berhakikat makrifat kat sini,
sekali kena penampau senget muke hang 37 darjah celsius!
hahaha
This comment has been removed by the author.
Deletekesian ahli psscm,kerah tenage nak defend guru dorang yg tahu copy paste tu huhuhu. Nasihat saye,silalah cari pengetahuan dulu tentang asal usul silat ni.ilmu tak datang sndri. kite sndri kene cari. siasat sndiri.jgn dok ikot je bulat2 ape org suap.
ReplyDelete